CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, November 3, 2010

Trajedi Tsunami di Acheh

Tarikh 26 Disember 2004 sudah pasti menjadi tarikh yang tak dapat dilupakan kebanyakan orang lebih-lebih lagi mereka yang pernah mengalami sendiri bencana ini. 
Berukuran 8.9 pada skala Richter, ia merupakan gegaran yang amat dahsyat lebih-lebih lagi ia terjadi di dasar lautan. Jika dikira mengikut prinsip bacaan pada skala Richter, 2 adalah sepuluh kali lebih besar dari 1, 3 seratus kali dari 2, 4 seribu kali dari 3, 5 sepuluh-ribu kali dari 4 dan begitulah seterusnya. Bayangkan bacaan yang hampir 9. Entah berapa kali ganda lagi menurut prinsip logaritma ini. Ia bukan semudah 9 hanya lebih satu dari 8!!! Satu siri gempa bumi yang terjadi di dasar laut Lautan Hindi dan Kepulauan Andaman bergabung menghasilkan gelombang besar ombak lalu bergerak menuju kawasan persisiran pantai di sekitarnya iaitu di utara Sumatera, Sri Lanka, selatan India, Pulau Phuket di Thailand dan yang mengejutkan Pulau Pinang dan Kota Kuala Muda di Kedah. Kawasan-kawasan ini memang hampir dengan pusat gempa bumi dan terdedah kepada Lautan Hindi. Gelombang besar ini lalu bergerak menuju ke kawasan pantai dengan membawa kuasa yang hebat yang memusnahkan. Pada masa itu, penganut Kristian baru semalam merayakan Hari Krismas, manakala negara kita Malaysia seperti sediakala sedang sibuk membuat persediaan untuk berpesta menyambut kedatangan Tahun Baru 2005. 
"Pada waktu kejadian, lebih kurang pukul 2.00 ptg waktu tempatan, saya sedang membuat penggambaran video perkahwinan seorang rakan saya. Saya tak menonton TV, kerana sibuk dengan tugas saya pada hari itu. Jadi saya agak terlewat mendengar berita yang mengejutkan itu. Setelah selesai dan terasa penat, saya pulang ke rumah lebih kurang pukul 5 petang. Saya ambil masa untuk berehat sebentar, kemudian saya ke tempat kerja pada pukul 6.30 petang. Sampai di tempat kerja, saya terima SMS dari seorang sahabat memberitahu tragedi kematian beberapa orang di Pulau Pinang kerana dipukul ombak besar. Menurut SMS itu, air laut sudah melimpah naik menenggelami pantai Batu Feringghi. Mulanya saya sangka ia hanya gurauan. Kemudian sampai lagi SMS seterusnya menyatakan penambahan jumlah kematian. Saya mula merasakan ia bukan lagi gurauan dan fikiran mula teringatkan filem "The Day After Tomorrow" yang baru ditayangkan tak lama dahulu - bagaimana dahsyatnya air laut dalam jumlah besar menenggelami sebuah bandaraya yang padat dengan manusia, apakah ia benar-benar terjadi sekarang? Di negara ini?"
"Setelah pulang ke rumah, saya buka TV dan menunggu saat siaran berita. Memang sah ia berita yang tak dapat disangkal lagi. Saya masuk internet untuk mengetahui lebih lanjut. Barulah saya tahu apa yang sedang berlaku. Hari demi hari, sehingga masuk minggu ketiga saya mengikuti perkembangan sesudah mala petaka ini sama ada melalui TV, melayari internet dan mendengar radio di dalam kereta."
Angka kematian bertambah dari hari ke hari. Mayat ditemui terapung di tengah lautan, terperangkap di celah-celah runtuhan bangunan, tersangkut dan sebagainya. Ada yang masih sempurna dan ada yang tak cukup sifat lagi. Ada yang tak dapat dicam lagi oleh ahli keluarga sendiri kerana rupa mayat tidak lagi normal. Bangunan-bangunan, rumah-rumah, kenderaan, bot-bot nelayan, malah jalanraya dan jambatan rosak teruk dihempas kuasa ombak yang tak dapat dijangka oleh sesiapapun. Ini memang bencana yang dahsyat. Ia tak pernah berlaku di negara ini. Ramai orang yang kehilangan harta-benda, mata pencarian dan ada yang kehilangan orang disayangi. Rakyat negara ini mula melahirkan rasa simpati kepada mangsa ombak besar ini. Stesen-stesen televisyen tempatan dan kerajaan sibuk menubuhkan sekretariat untuk mengutip sumbangan orang ramai yang bersimpati tak kira apa bentuk sumbangan sama ada, pakaian, makanan, keperluan asas dan juga kewangan bagi meringankan beban kerugian yang dialami oleh mangsa. Kita menghargai usaha murni yang dilakukan ini. 
Tetapi ada sedikit perkara yang menimbulkan kemarahan kita. Di samping melancarkan kempen derma, sebuah stesen TV tempatan masih sibuk mempromosikan rancangan berpesta untuk menyambut tahun baru. Mereka juga sebelum ini (sebelum kejadian Tsunami) pernah dengan riak mempromosikan Pesta Pulau Pinang dengan ungkapan 'Mai Datang Penang', seolah-olah mereka yang tak pergi tak dapat merasa betapa seronoknya berpesta. Akhirnya, PM Pak Lah mengarahkan semua bentuk majlis atau pesta yang bakal diadakan dibatalkan serta-merta. Semua nampaknya akur dengan arahan Pak Lah walaupun mungkin ada segelintir manusia yang masih berdegil mengadakan majlis secara tertutup. Itu satu hal. Satu lagi perkara yang menimbulkan kemarahan kita, ada penduduk di Kuala Muda Kedah tak dibenarkan masuk ke rumah mereka sendiri atas alasan kawasan tersebut di bawah kawalan 'pihak berkuasa'. Apabila mereka berdegil masuk juga ke rumah, didapati barang-barang berharga kebanyakannya lesap bukan kerana dipukul ombak tapi dicuri. Kalau jumpa almari pun, barang di dalamnya hilang. Setidak-tidaknya ia mungkin ditemui di lantai atau kawasan sekitar, tetapi lenyap entah ke mana. Ini menimbulkan kesangsian dan rasa tidak puasa hati penduduk. 'Pihak berkuasa' yang diberi tanggungjawab menjaga kawasan rumah yang dilanda ombak gagal menunaikan 'tanggungjawab' mereka. Siapakah pencuri yang berjaya membolosi kawalan pihak berkenaan sehingga berjaya melesapkan harta-benda berharga milik penduduk tempatan? 
(Sebagai tambahan, penduduk negara ini bertambah marah apabila pasukan bolasepak negara kita juga mengalami Tsunami gol apabila tewas kepada Indonesia dalam pusingan Separuh Akhir Bolasepak Piala Tiger!)
Malaysia yang selama ini dibangga kerana aman sejahtera, tiada malapetaka dan peperangan tiba-tiba tersentak oleh tragedi ini. Rantau sebelah sini yang meliputi zon Sumatera, India, Thailand dan pantai barat Malaysia gagal dalam memberikan maklumat awal akan kehadiran ombak besar ini kerana tidak dilengkapi sistem amaran yang sepatutnya. Mungkin kerana tiada siapa yang menjangka ia boleh berlaku di sini, maka menganggap sistem sedemikian tidak diperlukan. Malah mungkin ada segelintir manusia yang ***** menganggap ia hanya berlaku di Jepun kerana itu namanya 'Tsunami' disebut dalam bahasa Jepun. Negara Jepun yang berpengalaman mengalami bencana ini sudah lama bersiap-sedia dengan sistem ini. Malah mereka diajar mengenali perubahan alam sekitaran dan tindak balas haiwan jika berlakunya sesuatu kejadian bencana. Negara mereka lebih hebat lagi risiko malapetakanya kerana kerana selain ancaman ombak, daratannya juga merupakan kawasan berpotensi untuk fenomena gempa bumi. Jika ada seorang atau dua orang pelancong Jepun di Batu Feringghi, mereka mungkin sudah lama dapat mengisyaratkan kepada orang ramai supaya beredar dari kawasan pantai. Tapi apa yang dapat dilihat dalam 'footage' rakaman amatur di pantai Batu Feringghi amat mengecewakan. Ramai masih tercegat menyaksikan kedatangan ombak ke arah mereka. Ada kanak-kanak yang sedang ghairah bermain kelihatan seolah-olah mencabar kekuatan ombak dengan berlari ke arah ombak tersebut. Tindakannya itu dibiarkan sahaja oleh ibubapanya. Malah lebih ***** dan angkuhnya orang kita, kedengaran suara ketawa dan aksi terkinjal-kinjal seolah-olah ombak pertama yang hadir sedang bergurau mesra dengan mereka. Sejurus selepas itu, kelihatan pantai semakin surut kerana ditarik oleh ombak yang pertama tadi. Pada waktu itu, orang ramai masih degil dan menyaksikan fenomena ini sambil ketawa seolah-olah menganggap ia sesuatu yang lucu. Lihatlah betapa dangkal dan bodohnya orang kita. Sebenarnya, jika diamati, kehadiran ombak pertama yang tidak begitu mengancam seolah-olah memberi amaran awal supaya orang ramai beredar dari kawasan pantai. Nelayan tempatan juga sepatutnya sudah dapat mengesan sesuatu apabila hasil tangkapan mereka luarbiasa sehingga pendapatan mencecah ribuan ringgit sehari, sepuluh kali ganda atau lebih dari hari-hari biasa.
Maka di sini, kita dapat tahu bahawa Allah Maha Mengetahui. Dia tidak menghendakkan sesuatu itu berlaku secara tiba-tiba. Dia memberi tanda atau alamat sebelum sesuatu kejadian. Hanya mereka yang berilmu dan ingin belajar sahaja mendapat isyarat awal dari Allah S.W.T. Tetapi manusia yang memang mempunyai sikap tamak cepat alpa.
Ombak kedua yang datang mula mengganas tidak mengira mangsa. Ia merempuh apa sahaja di hadapannya. Bangunan, rumah, kenderaan, tiang telefon, kedai, hotel, resort dan apa saja. Tingginya tidak dijangka. Ada yang mencecah 10 hingga 15 meter. Di Aceh, rumah dua tingkat pun turut tenggelam. Ada yang menyelamatkan diri di atas bumbung. Ada yang merasakan dirinya berlari berkilometer jauhnya dikejar ombak. Yang tak sempat menemui ajalnya di situ juga. Ada pula yang ditemui hidup-hidup terapung di tengah samudera seminggu selepas kejadian. Makanannya hanya isi kelapa dan minum air hujan diiringi doa yang bersungguh-sungguh, akhirnya Allah mentakdirkan sebuah kapal lalu dan menyelamatkannya. Bayangkan terapung seorang diri di atas pohon hanyut di tengah lautan melalui siang malam silih berganti selama lapan hari...tentu harapan terlalu tipis. Tapi kuasa Allah menyangkal logik manusia. Mereka yang terselamat tentunya mendapat hidayah dan berazam untuk mengabdikan diri kepadaNya sebenar-benarnya selepas itu.
Kesan sesudah Tsunami yang paling teruk dialami Aceh. Anggaran terakhir korban mencecah ratusan ribu nyawa. Akhirnya pihak berkuasa Indonesia mengumumkan supaya kiraan jumlah kematian dihentikan kerana adalah mustahil kerana banyak jasad yang sudah disemadikan terlebih dahulu ke dalam kubur besar untuk mengelak jangkitan penyakit. Dikatakan 60% bandar Aceh menjadi 'padang jarak padang tekukur'. Jika dilihat dari udara, kawasan persisiran pantai seolah-olah tanah tandus yang luas. Tetapi ada sesuatu yang pelik di sini. Atas kehendak Allah, kebanyakan masjid di Aceh tetap berdiri tegak sekalipun bangunan sekitarnya roboh menyembah bumi. Mungkin ada yang berpendapat masjid-masjid ini tegak kerana ia bangunan konkrit, tapi ada masjid dari papan dan kayu tetap juga berdiri. Kenapa pula bangunan konkrit yang lain seperti pejabat, bank dan lain-lain turut runtuh tak dapat bertahan dari rempuhan ombak? Sebenarnya ini adalah bukti kebesaran Allah di mana masjid-masjid yang dimakmurkan umat dipelihara olehNya. Itu tanda masjid-masjid ini dikunjungi malaikat. 

Oleh itu sedarlah kita sekarang bahawa walau di mana kita berada, jangan sangka kita sentiasa selamat. Hanya kepada Allah sahaja tempat kita berteduh. Kita hanya berserah kepadanya. Dia berhak menentukan. Dia berkuasa menentukan apa sahaja kehendakNya. Tragedi Tsunami 26 Disember sepatutnya cukup untuk memberi peringatan betapa berkuasanya Dia dan betapa kerdilnya kita manusia. Dia menunjukkan kebesaranNya dengan begitu banyak kejadian pelik susulan dari tragedi ini, bagaimana begitu banyak masjid teguh berdiri, orang yang ditemui hidup setelah seminggu hanyut, Al-Quran yang masih elok sedangkan almari yang menyimpannya pecah, bayi yang selamat terapung di atas tilam (bagaimana tilam tidak tenggelam oleh berat bayi), mayat orang Islam ditemui berpakaian manakala mayat orang kafir telanjang dan pakaian koyak rabak. Kita harap negara kita mengambil iktibar dari kejadian ini. Jangan asyik berpesta tak sudah-sudah, maksiat pula berleluasa, pelacuran, rasuah, penindasan, penagihan dadah, ragut, rogol dan sebagainya. Jangan sampai nanti Allah menurunkan bala yang lebih teruk kepada kita oleh kerana kerosakan dan kepincangan semakin berleluasa di negara ini.

Monday, October 25, 2010

Fadhilat Membaca Al-Quran Atau Surah-Surah

Amalan membaca Al-Quran adalah salah satu daripada ciri-ciri budaya Islam yang sewajarnya dilakukan sepanjang masa dan sepanjang hayat.Bukan sahaja pahala dan fadhilat yang kita perolehi,malahan ia menjadi salah satu syi'ar agama Islam yang dapat dilihat dan dicontohi oleh orang-orang bukan Islam.Semakin hari kita seolah-olah telah kembali ke zaman jahilliyah.Jika dilihat sekeliling hanya segelintir yang betul-betul menghayati dan mentaati suruhanNya.Sudahlah begitu kadang-kala penampilan Islamik yang ditonjolkan,seringkali dipandang seolah-olah kita begitu asing dinegara yang digelar 'Negara Islam' ini.Ada juga yang masih alpha sibuk mengejar dunia,namun akhirat ditinggalkan.Sibuk mengejar kekayaan yang sementara.Apa yang ditakuti

Rasulullah SAW didalam hadis nya bersabda:-
"Sesungguhnya hal-hal yang paling aku takutkan mengenai kamu semua ialah 2 perkara iaitu,mengikut hawa nafsu dan panjang angan-angan.Mengikut hawa nafsu itu dapat menutup kebenaran dan panjang angan-angan itu menyebabkan cinta kepada dunia".

Kini ia benar-benar terjadi.Terlalu ramai yang mengikut hawa nafsu,mengejar pangkat dan darjat hingga sanggup menutup kebenaran untuk kepentingan diri masing-masing.Keseluruhannya adalah kerana terlalu panjang angan-angan dan disebabkan panjang angan-angan inilah kita menjadi si pencinta dunia lalu seolah-olah membuang akhirat.

Wahai umat Islam yang dikasihi,usahlah kamu terlalu mengikut perasaanmu,hingga terlupa menyebut namaNya melalui kalam-kalam yang telah diturunkanNya.Belajar lah mengenaiNya melalui solat yang diwajibkan,di tambah lagi kemanisan solat itu dengan solat sunat dengan melakukan Qiya Mulai.Lalu kamu susuri pula dengan membaca Al-Quran yang di turunkan kepada Muhammad nescaya kamu tidak akan sesat.Bahkan kamu akan rasa dibimbing menuju cahaya cintaNya.

-Lembutkanlah lidahmu dengan 
membaca Al-Fatihah untuk membaiki hati yang gundah.
Diantara fadhilat indahnya

*mendapat pahala seperti membaca sepertiga Al-Quran.
*Al-Fatihah adalah untuk apa yang dimaksudkan dalam bacaannya.Maka hayatilah pengertiannya.
*Untuk memohon sesuatu hajat yang baik kepada Allah SWT,baca 41 kali setiap hari,waktunya diantara solat sunat Subuh dan solat Fardhu Subuh.

-Ikhlas kan hatimu 
membaca Al-Baqarah agar syaitan tidak singgah kerumah lalu memanah kata nan indah bersulam dusta.

Sabda Rasulullah SAW
'Sesungguhnya setiap sesuatu itu mempunyai bonggol.Dan bonggol Al-Quran adalah surah Al-Baqarah.Sesiapa yang membacanya pada malam hari dirumahnya,syaitan tak akan masuk ke rumahnya selama tiga malam.Dan sesiapa yang membacanya pada siang hari,syaitan tak akan masuk kerumahnya selama tiga hari.
(Riwayat Ibnu Hibban)

-Hindarilah kamu dari fitnah Dajjal yang keji dengan 
membaca surah Al-Kahfi

Imam Ahmad berkata:"
Daripada Abi Darda'daripada Nabi(SAW),baginda telah bersabda
'Sesiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada permulaan surah Al-Kahfi.Maka terhindar daripada Dajjal.(Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al Tarmizi daripada Qatadah)

-Mohonlah keampunan disulami dengan 
membaca surah Yassin
Daripada Abdullah berkata:Rasulullah SAW telah bersabda
'Sesiapa yang membaca yassin pada waktu malam untuk mendapat keredhaan Allah SWT,maka akan diberi keampunan baginya(HR.Ibnu Katsir)

Lalu bacakan lah pula
 Surah Ad-Dukhan 
Daripada Abi Hurairah r.a. berkata:Nabi SAW telah bersabda
'Sesiapa yamg membaca surah"Haamin Ad-Dukhan" pada waktu malam,maka esoknya tujuh puluh ribu malaikat akan meminta ampun baginya'.(HR Ibnu Katsir)

Tambahi lah dengan 
membaca surah Al-Mulk 
Daripada Abi Hurairah r.a. berkata:Nabi SAW telah bersabda
'Sesungguhnya didalam Al-Quran ada tiga ayat memberi syafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu surah Al-Mulk"(Tabaraakal-Lazi)"
-Jika kamu tidak mahu miskin lalu rajinkan lah kamu membaca Surah Al-Waqiah 

Usman berkata:"Sesungguhnya saya dengar Rasulullah SAW bersabda
'Sesiapa membaca surah 'Al-Waqiah'tidak akan jadi miskin selama-lamanya.

-Inginkah kamu mati didalam syahid 
amalkan lah surah Al-Hasyar 
Daripada Fadhil Ibnu Yassar Al-Muzani r.a.berkata:Nabi SAW telah bersabda
'Sesiapa membaca keika bangkit subuh 'A'uuzubillahis-Sami'il-a'limi-Minas Syaitanir-rajim' kemudian membaca tiga ayat akhir surah Al-Hasyar maka Allah SWT mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang.Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal hari itu dikira mati syahid.

Lapangkanlah dadamu dengan menghafal Asma'ul Husna

Daripada Abi Hurairah r.a. berkata:Rasulullah SAW telah bersabda
'Sesungguhnya Allah SWT mempunyai sembilan puluh sembilan nama,iaitu seratus kurang satu,sesiapa yang menghafalnya seluruhnya masuklah ia ke syurga.(HR Bukhari)

Semoga kita punya jiwa yang mahu mengubah segalanya yang terbaik.Usahlah dikejar kebaikan didunia sahaja kerana ia selalu membawa bencana bia kita tidak tahu mengemudikannya.Seimbangkanlah imu dunia mu dan imu akhirat sesungguhnya itulah yang paling baik.
Ingin sekali diperingatkan bahawa bukanlah surah-surah diatas ini sahaja mempunyai fadhilat tertentu atau istimewa,bahkan semua surah di dalam Al-Quran mempunyai fadhilatnya yang tersendiri.Lalu bukakan lah mindamu untuk memahami dan mendalami setiap apa yang terkandung didalamnya.Moga kita diberi petunjuk. 

Fadhilat surah Yasin

Hadrat Ata Ibn-e Abi Ribah berkata bahawa Rasul-ullah SAW di beritakan telah bersabda,"Sesiapa yng membaca surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi".
Banyak kelebihan-kelebihan daripada surah Yasin yang disebutkan didalam banyak hadith-hadith. Adalah dikatakan didalam sebuah hadith, "Segala sesuatu mempunyai hati, dan hati bagi Al-Quran ialah surah Yasin. Barangsiapa membaca surah Yasin Allah s.w.t. akan menulis pahala baginya seumpama ia membaca seluruh Al-Quran sebanyak sepuluh kali."
Menurut sebuah hadith yang lain, Allah s.w.t membacakan surah Yasin dan Taha seribu tahun lamanya sebelum terciptanya langit dan bumi dan mendengarkan ini, para malaikat pun berkata,"Umat dimana Al-Quran diturunkan akan dirahmati, hati-hati yang memikulnya , yakni yang mrnghafalnya akan dirahmati dan lidah-lidah yang membacanya akan juga dirahmati.
Ada satu lagi riwayat yang seumpama ini, "Sesiapa yang membaca surah Yasinsemata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca keatas orang yang mati."
Mengikut sebuah hadith, surah Yasin dinamakan Mub'mah (pemberi berita baik) didalam Torah kerana ia mengandungi manafa'at kepada pembacanya, didalam kehidupan dunia dan jugga akhirat, ia menghindarkan penderitaan didunia dan juga akhirat dan menjauhkan kedahsyatan dikehidupan akhirat. Surah ini juga dikenali sebagai Rafi'ah Khafidah, iaitu yang mengangkat derjat orang-orang yang beriman dan menurunkan derjat orang-orang yang engkar ( tidak beriman). Menurut satu riwayat Rasul-Ullah s.a.w. bersabda, "Hatiku menghendakisupaya surah Yasin berada disetiap hati Ummatku," Mengikut sebuah hadith yang lain, jika sesaorang itu membaca surah Yasin pada setiap malam dan kemudiannay meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid. Diriwayatkan pada hadith yang lain, " Barang siapa membaca surah Yasin, ia akan diampunkan, siapa sahaja yang membaca semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu, barang siapa membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalannya semula, barang siapa membaca kehilangan binatang akan mendapatkannya semula, dan bila sesaorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanan, makanan itu akan mencukupi. Dan jika membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika sesaorang itu membaca keatas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak akan dimudahkan juga baginya."
Maqri rahmat-Ullah 'alaih berkata, "Jikalau surah Yasin dibaca oleh seorang yang takut pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan akan ketakutan itu. "Menurut sebuah hadith yang lain jikalau sesaorang itu membaca surah Yasin dan surah Was-Saffat pada hari Jumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima. ( Kebanyakan daripada yang diatas dipetik daripada Mazahir-e-haq walaupun setengah2 ulamak hadith telah mempersoalkan setengah daripada riwayatnya.)
Samuga kita dapat amal dan sampaikan......Insya'Allah.

Friday, October 22, 2010

Senarai barang yang mengandungi unsur babi

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK ****
> 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
> 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
> 3. Ajinomoto ( Thailand )
> 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
> 5. Semua tauhu buatan Orang Cina
> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
> 7. Sabun FAB berbuku
> 8. Lobak Jeruk
> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
> 10. Krim Muka Hazeline Snow

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT ****, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)

> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
> 3. Daging Burger Import
> 4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
> 5. Kasut Bola Jenis ‘ Gold Cup’
> 6. Berus Gigi Jenis ‘ Reach’
> 7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
> 8. Semua sabun mandi yang diimport
> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
> 11. Have Pearl Cream
> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina
> 14.. Beehon Segera Siam
> 16. Sabun Mandi Yang Berminyak

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK **** DAN BINATANG TIDAK HALAL )

> 1. Bosset Wine Gum
> 2. Dairy Milk Coklat
> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
> 4. Sugus Strawberry
> 5. Passer Doily Mixture
> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
> 7. Scothes Vikmin
> 8. Share Extra Atrenght
> 9. Black Current Jelly
> 10. Royal Gulaman & Decart Oranges
> 11. Valvis Gelatin
> 12. Sarung Kapsul Ubat
> 13. Ais Krim dalam bekas plastik
> 14. Gula-gula Fruities
> 15 Cake Mets Vilber Punch
> 16 Coklat Cake
> 17 Tepung Kastard Lady’s Choice
> 18 Semua jenis Jelly
> 19 Semua jenis gincu bibir
> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo
> 21 Lady’s Choice Jelly
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA
> 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
> 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
> 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
> 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
> 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
> 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND

Jin,Iblis dan seta,apa itu

Al-Jaan adalah nenek moyang dari segala bentuk jin yang diciptakan Allah SWT., sebelum Adam dari api yang sangat panas (QS Al-Hijir 15:27). Kata jin berasal dari kataijtinan (bahasa Arab) berarti tersembunyi atau tidak terlihat. Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya ia (jin) dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka." (QS Al-Araf 7:27). Kata jin diambil dari kalimatJanna lail idza azhama (malam telah menjadikan sesuatu tertutup/tersembunyi karena gelapnya). Calon bayi (yang tersembunyi dalam rahim) disebut "Janin" dan kata "Jannah" atau surga adalah suatu tempat kenikmatan yang tertutup karena rimbunnya pepohonan.

Jin merupakan makhluk gaib yang wujud aslinya tidak dapat dilihat manusia. Akan tetapi bisa terlihat bila jin merubah wujudnya, katakanlah seperti manusia atau berupa ular. Keadaan jin seperti halnya manusia, ada yang saleh (muslim) ada pula yang jahat (kafir). Disebut "iblis" ketika jin itu membangkang dan durhaka kepada perintah Allah SWT untuk sujud (hormat) kepada Adam (QS Al-Kahfi: 18:50). Iblis tidak mau sujud kepada Adam karena merasa derajatnya lebih tinggi dari pada manusia, karena ia diciptakan dari api, sedang manusia dari tanah (QS Al-Araf 7:12). Dan disebut dengan kata "setan"  ketika ia melakukan tipu daya dan godaan kepada anak cucu Adam AS. Iblis dan setan termasuk dalam golongan jin yang kafir.
Ilustrasi: IstimewaIlustrasi: IstimewaSetan Jin dan Setan Manusia
Ketika Iblis tidak mau tunduk pada perintah Allah SWT, dia diturunkan dari surga dan jadilah ia termasuk orang-orang terkutuk dan terlaknat. Ia terputus dari rahmat Allah SWT dan dari segala kebaikan. Hanya kejahatan yang dimiliknya dan tidak menyeru manusia melainkan kepada kesesatan yaitu perbuatan yang buruk dan jahat. Iblis berjanji kepada Allah SWT: "Demi kekuasaanMu aku akan menyesatkan mereka semua, kecuali hamba-hambaMu yang mukhlishin di antara mereka (QS Ash_Shad 38: 82-83).
Setan menyesatkan manusia dengan cara membisikkan perbuatan batil dan dusta dan memandang baik perbuatan maksiat. Setan hanyalah sebagai provokator, sedangkan manusia yang terprovokasi itulah yang berbuat. Sehingga jadilah ia setan manusia yang perbuatannya sama dengan setan dari golongan jin, yaitu menyesatkan manusia.
Seorang ulama tabi'in, Malik bin Dinar mengatakan: "Setan dari golongan manusia lebih berat dari setan golongan jin. Setan golongan jin lari ketika aku membaca ta'awudz kepada Allah. Setan manusia di pelupuk mata dia mendatangiku dan menarikku menuju maksiat".
Ada seorang lelaki bernadzar, bila nanti doanya dikabulkan Allah SWT , dia akan memberi sedekah pada Setan. Rupanya Allah SWT mengabulkan doa lelaki tsb. Karena nadzar hukumnya wajib (QS Al-Insaan 76:7), maka ia kerepotan kemana harus pergi menemui setan yang tidak terlihat itu. Akhirnya dia mencoba mendatangi sebuah pohon besar yang menurut cerita dari orang di sekitarnya pohon itu ada setan penunggunya. Sesampainya ia di pohon yang konon angker itu, lelaki tadi mendengar bisikan lembut: "Hai manusia..apa maksud kedatanganmu?"
Foto: IstimewaLelaki itu kaget dibuatnya, namun dia yakin itu pasti suara setan, karena tidak ada satu pun manusia di sekeliling pohon itu. Dengan agak sedikit takut, lelaki itu menjawab:
"Hai setan, aku telah bernadzar untuk bersedekah untukmu, tapi bagaimana aku tahu sedekah ini sampai di tanganmu sedang aku tidak bisa melihatmu?"
Setan kembali berbisik: 'Hai manusia, berikan saja sedekahmu itu kepada anak buahku yang engkau bisa melihatnya!"
"Lantas bagaimana bisa melihatnya?" seru lelaki tadi.
Setan itu menasehati: "Jika engkau ingin menemui anak buahku dan memberikan sendiri sedekahmu itu, pergilah ke pasar, carilah pedagang yang berlaku curang dengan mengurangi takaran atau timbangannya...nah berikan sedekahmu...itulah anak buahku, yang juga setan!".
"Cukup susah bagiku menemukan pedagang itu, karena kelicikannya sehingga sulit diketahui," jawab lelaki itu.
Makan... jangan... makan... jangan... makan aja ah!Makan... jangan... makan... jangan... makan aja ah!Setan berkata lagi,"Kalau begitu yang paling mudah menemui anak buahku, pergilah berjama'ah di mesjid. Shalat wajib yang kau lakukan lima kali sehari. Setelah selesai engkau menunaikan shalat berjama'ah, perhatikanlah sekelilingmu...kalau ada orang di antara para jama'ah itu yang langsung berdiri pulang tanpa berdzikir terlebih dahulu...nah itulah anak buahku yang setia mengikuti perintahku." Ternyata lelaki tersebut gampang sekali menemukan anak buah setan yang tiada lain adalah setan dari golongan manusia, sehingga sedekah nadzar itu bisa terlaksanaa.
Kalau orang yang shalat di masjid saja bisa dibujuk setan untuk tidak berdzikir setelah shalat fardhu (padahal telah dicontohkan Nabi SAW) bagaimana dengan orang yang tidak menjalankan shalat sama sekali? Tentu predikatnya bukan lagi anak buah setan. Itulah setan manusia yang pekerjaannya sama dengan setan dari golongan jin, yakni membisikkan satu sama lain perbuatan dan perkataan batil dan dusta, untuk menyesatkan umat manusia serta mengajak dan menggoda, agar berbuat keburukan dan fitnah.
Allah SWT berfirman: "Dan demikianlah kami jadikan bagi masing-masing nabi itu musuh, yaitu setan-setan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebagian mereka membisikkan kepada sebagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia)..." (QS. Al-An'am 6:112).
Allah menciptakan makhluk ciptaanNya ada yang bernyawa dan ada yang tidak. Salah satu makhluk yang bernyawa adalah jin dan bagi setiap muslim wajib mempercayai adanya jin atau setan itu. Barang siapa yang mengatakan bahwa setan atau jin hanyalah takhayul atau dongeng belaka, maka ia telah terjerumus kepada kekafiran, karena ia telah mendustakan berita atau firman Allah SWT dan mengingkari risalah yang dibawa Rasulullah SWT.
Foto: IstimewaFoto: IstimewaKarena harus percaya adanya jin dan setan? Karena risalah dari Al Quran tertulis di antaranya, dalam surat Al-Hijr, Al-Araf, Ar-Rahman dan masih banyak lagi. Sedangkan Nabi SAW menyatakan keberadaan jin atau setan dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ibnu Mas'ud, beliau SAW bersabda: "Tidak seorang pun dari kalian kecuali ada setan pendamping (qarin) dari golongan jin dan qorin dari golongan malaikat yang menyertainya." Dalam hadits disebutkan: "Apabila menjelang malam atau sore hari, maka jagalah anak-anakmu, karena sesungguhnya setan sedang menyebar pada saat itu." (HR Al_Bukhari). Jadi jin itu ada.
Setan dari golongan jin mewahyukan kebatilan kepada manusia, kemudian setan manusia menganjurkan kebatilan kepada manusia yang lain. Kini, di era kebebasan ini, setan manusia bebas berkeliaran di mana-mana. Mereka menggoda dan menghasut manusia dengan memoles perbuatan yang haram dengan kemasan indah dan menarik, sehingga umat yang kurang berilmu alias bodoh dan awam dalam memahami agama akan mudah tergoda. Begitu pula bagi mereka yang kurang imannya dan kurang keikhlasan dalam beribadah akan lebih mudah lagi termakan oleh bisikan dan rayuannya untuk melakukan kebatilan.

Kisah Nabi Sulaiman A.S.

Sulaiman bin Daud adalah satu-satunya Nabi yang memperoleh keistimewaan dari Allah SWT sehingga boleh memahami bahasa binatang. Dia boleh bicara dengan burung Hud Hud dan juga boleh memahami bahasa semut. Dalam Al-Quran surah An Naml, ayat 18-26 adalah contoh dari sebahagian ayat yang menceritakan akan keistimewaan Nabi yang sangat kaya raya ini.
Firman Allah,
Dan Sulaiman telah mewarisi Daud dan dia berkata, “hai manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) ini benar-benar suatu kurnia yang nyata. 
      Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung, lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan) sehingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut, “hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari.”
Maka Nabi Sulaiman tersenyum dengan tertawa kerana mendengar perkataan semut itu. Katanya,

Ya Rabbi, limpahkan kepadaku kurnia  untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku; kurniakan padaku hingga boleh mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkan aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh.”
(An-Naml: 16-19)
      Menurut sejumlah riwayat, pernah suatu hari Nabi Sulaiman as bertanya kepada seekor semut, “Wahai semut! Berapa banyak engkau perolehi rezeki dari Allah dalam waktu satu tahun?”
“Sebesar biji gandum,” jawabnya.
    Kemudian, Nabi Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah botol. Setelah genap satu tahun, Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib si semut. Namun, didapatinya si semut hanya memakan sebahagian biji gandum itu.
“Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya?” tanya Nabi Sulaiman.
“Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah,” jawab si semut. “Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahawa Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau akan lupa kepadaku. Kerana itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya.”
    Nabi Sulaiman, walaupun ia sangat kaya raya, namun kekayaannya adalah nisbi dan terbatas. Yang Maha Kaya secara mutlak hanyalah Allah SWT semata-mata. Nabi Sulaiman, meskipun sangat baik dan kasih, namun yang Maha Baik dan Maha Kasih dari seluruh pengasih hanyalah Allah SWT semata. Dalam diri Nabi Sulaiman tersimpan sifat terbatas dan kenisbian yang tidak dapat dipisahkan; sementara dalam Zat Allah sifat mutlak dan absolut.
 
    Bagaimanapun kayanya Nabi Sulaiman, dia tetap manusia biasa yang tidak boleh sepenuhnya dijadikan tempat bergantung. Bagaimana kasihnya Nabi Sulaiman, dia adalah manusia biasa yang menyimpan kedaifan-kedaifannya tersendiri. Hal itu diketahui oleh semut Nabi Sulaiman. Kerana itu, dia masih tidak percaya kepada janji Nabi Sulaiman ke atasnya. Bukan kerana khuatir Nabi Sulaiman akan ingkar janji, namun khuatir Nabi Sulaiman tidak mampu memenuhinya lantaran sifat manusiawinya. Tawakal atau berpasrah diri bulat-bulat hanyalah kepada Allah SWT semata, bukan kepada manusia.

Golongan Jin Iri Hati Dengan Ratu Balqis

    Ratu Balqis adalah seorang wanita yang sangat cantik dan mempunyai akal yang cerdas, oleh sebab itulah golongan jin merasa iri hati dengannya. Mereka mengatakan bahawa Ratu Balqis itu mempunyai dua aib, pertama tubuhnya pendek dan kedua betisnya seperti betis unta.
    Maka Nabi Sulaiman memerintahkan supaya para Jin mengubah sedikit singgahsana Ratu Balqis, lalu beliau menyuruh pula membangun sebuah mahligai yang dibuat dari kaca. Bahagian bawah mahligai tersebut dan kelilingnya mengalir sungai-sungai dengan berisikan ikan-ikan, di atas air itu dibuat sebuah jambatan daripada kaca.
 
    Ketika Ratu Balqis dan rombongan tiba, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: “Apakah ini singgahsanamu? Ratu Balqis menjawab: Mungkin! Ia tidak mengatakan ya, kerana dilihatnya ada sedikit perubahan. Tetapi tidak mengatakan bukan, disebabkan ada sebahagian yang serupa dengan singgah-sananya. Dari jawapan Ratu Balqis itu, tahulah Nabi Sulaiman as bahawa ia adalah seorang wanita yang berakal sempurna serta bijaksana.
    Kemudian Nabi Sulaiman as menyuruh tamunya itu masuk ke dalam istana. Ketika Ratu Balqis melihat ke dalam istana, ia melihat seakan-akan ada aliran air, sehingga ia mengangkat kainnya, sehingga betisnya tersingkap. Nabi Sulaiman as melihat betisnya itu, maka tidak ada satu aibpun seperti yang disampaikan oleh golongan jin.
 
    Nabi Sulaiman berkata kepada Ratu Balqis: “Ini adalah sebuah mahligai yang licin, ia dibentuk daripada kaca.” ketika Ratu Balqis menyaksikan betapa hebatnya Nabi Sulaiman, ia berkata dalam hatinya: “Walaupun kerajaanku luas, singgahsanaku indah dan megah, bala tenteraku ramai, namun jika dibandingkan dengan semua yang aku saksikan ini, seakan-akan milikku tidak bererti.
    Kemudian ia berkata seperti yang diungkapkan di dalam Quran, firman Allah SWT surah An Naml ayat 44 bermaksud: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah Tuhan semesta alam.” Setelah itu Ratu Balqis pun berkahwin dengan Nabi Sulaiman as. Peristiwa pernikahan Nabi Sulaiman dengan Ratu Balqis ini terjadi pada hari Jumaat.
    Begitu besarnya kerajaan Nabi Sulaiman as. yang mana angin sebagai kenderaannya, manusia dan jin sebagai tenteranya, burung sebagai pembantu dan teman-teman bercakapnya, binatang-binatang buas sebagai buruhnya dan para malaikat sebagai utusannya.
 
    Nabi Sulaiman as mempunyai satu padang, sebahagian tanahnya terbuat daripada emas dan sebahagian lagi daripada perak. Jika tenteranya berbaris di padang itu, maka panjang barisan itu tidak kurang dari seratus parsakh. Sedangkan luas tempat tinggalnya adalah sebulan perjalanan.
    Kemudian golongan jin membuat untuknya sebuah permaidani daripada emas dan perak. Pada permaidani tersebut terdapat dua belas ribu mihrab, pada setiap mihrab terdapat kursi daripada emas dan perak, kemudian duduk di atas tiap-tiap kursi tersebut seorang yang alim dari ulamak Bani Israil.
    Pada setiap hari dimasak kira-kira seribu unta, empat ribu lembu dan empat puluh ribu kambing. Nabi Sulaiman juga mempunyai piring-piring yang besar bagaikan kolam dan periuk yang tetap berada di atas tungku.
Firman Allah SWT:
Para jin membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dikehendaknya dari bangunan yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang besarnya seperti kolam dan periuk yang tetap berada di atas tungku.” (Saba’: 13)       Begitu besarnya nikmat dan kelebihan Nabi Sulaiman as. Namun begitu kelebihan dan kenikmatan umat Nabi Muhammad SAW yang beriman, di dalam Syurga nanti disediakan tempat-tempat tinggal dan darjat, kebun-kebun, sungai-sungai dan buah-buahan. Di dalamnya diperolehi segala sesuatu yang menyenangkan jiwa dan mata. Di dalamnya juga terdapat sesuatu yang tidak pernah terlintas oleh fikiran manusia.
    Dikisahkan bahawa serendah-rendah darjat tempat umat Nabi Muhammad SAW di dalam Syurga itu ialah seratus kali luas kerajaan Sulaiman as. Malah lebih baik, kerana Syurga adalah tempat yang abadi. Di dalamnya tidak ada matahari, kesejukan, kesakitan, kesusahan serta lain-lain penderitaan. Di Syurga adalah tempat yang abadi, kesenangan tanpa batas, pemberian tanpa dihitung, penerimaan tanpa ditolak.
    Ada Syurga yang dinamakan dengan Darussalam, di dalamnya mempunyai keselamatan tanpa adanya kebinasaan, kenikmatan tanpa malapetaka, kecintaan tanpa permusuhan, kemuliaan tanpa kehinaan serta bermacam-macam lagi kenikmatan yang sukar untuk diungkapkan.
    Kemudian Syurga Jannatunna’im. Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka Syurga kenikmatan. Di dalamnya para hamba-hamba-Nya bertempat tinggal, para nabi menjadi sahabatnya, tinggal kekal  dalamnya dengan kurnia yang berlimpah ruah. Tidak ada kesusahan di dalamnya, terdapat bidadari cantik dan jelita, mahligainya tinggi dan tempat yang luas.
    Syurga Firdaus, disediakan bagi orang-orang yang tidak menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu, menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat, tidak membuat kemungkaran serta menjalankan segala yang diperintahkan Allah SWT. Allah SWT menjadikan penghuni Syurga ini sebagai kekasihNya.
    Di dalam Syurga Firdaus terdapat empat sungai, iaitu sungai dari air tawar, sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai dari air arak yang lazat rasanya dan sungai air madu. Di dalamnya juga diperolehi berbagai macam buah-buahan. Ada lagi empat mata air iaitu: Salsabil, Zanjabil, Rohiiq dan Tasniim. Ada lagi dua mata air yang mengalir dan dua mata air yang memancar, iaitu Al-kaafuur dan Al-kautsar. Di dalamnya juga diperolehi segala sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam hati.
Firman Allah SWT:
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu di dalam taman-taman dan sungai-sungai, di tempat yang disenangi di sisi Tuhan Yang Berkuasa.” 
(Al-Qamar: 54-55)

KIsah Nabi Yunus A.S.

Nabi Yunus 'alaihissalam termasuk nabi dari keturunan Bani Israil. Allah Subhanahu wa Ta'ala mengutusnya kepada penduduk negeri Ninawa di Mosul (Irak). Beliau menyeru kaumnya untuk kembali kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, namun mereka menolaknya. Nabi Yunus 'alaihissalam tidak berputus asa, selalu berusaha dan berusaha mendakwahi mereka, namun mereka tetap menolak. Kemudian Nabi Yunus 'alaihissalam mengancam dengan azab dan pergi meninggalkan mereka, tidak sabar sebagaimana mestinya. Beliau 'alaihissalam pergi dalam keadaan marah.
Sementara itu, sepeninggal Nabi Yunus 'alaihissalam, Allah mengilhamkan kepada kaum tersebut untuk bertaubat dan kembali kepada-Nya. Itu terjadi setelah mereka menyaksikan sebagian dari pendahuluan azab yang diancamkan kepada mereka. Allah pun menyelamatkan mereka dari azab tersebut. Secara lahiriah, Nabi Yunus 'alaihissalam mengetahui mereka telah selamat dari azab itu, namun beliau tetap tidak mau kembali. Oleh karena itulah Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

إِذْ ذَهَبَ مُغَاضِبًا

“Ketika dia pergi dalam keadaan marah.” (Al-Anbiya: 87)
Dan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

إِذْ أَبَقَ إِلَى الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ

“ketika dia lari ke kapal yang penuh muatan.” (Ash-Shaffat: 140)
Nabi Yunus 'alaihissalam naik ke kapal yang sudah penuh dengan penumpang dan barang. Sampai di tengah lautan, kapal tersebut mulai memperlihatkan tanda-tanda akan tenggelam. Saat itu hanya ada dua pilihan, mereka tetap bersama-sama di atas kapal tapi tenggelam semua, atau satu per satu dilemparkan ke laut sekedar meringankan muatan kapal dan menyelamatkan yang lain. Akhirnya diputuskan untuk memilih yang kedua. Mulailah diundi siapa yang akan dilemparkan ke laut. Termasuk dalam undian itu adalah Nabi Yunus 'alaihissalam. Allah Subhanahu wa Ta'ala mengatakan:

فَكَانَ مِنَ الْمُدْحَضِيْنَ

“Lalu dia termasuk orang-orang yang kalah.” (Ash-Shaffat: 141)
Yakni, Nabi Yunus 'alaihissalam kalah dalam undian tersebut. Merekapun melemparnya ke laut dan kemudian ditelan bulat-bulat oleh seekor ikan dari dalam laut. Di dalam kegelapan perut ikan itu, beliau berdoa:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ

“Tidak ada Ilah melainkan Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang dzalim.” (Al-Anbiya: 87)
Kemudian Allah Subhanahu wa Ta'ala memerintahkan ikan tersebut melemparkannya ke tanah yang tandus. Nabi Yunus 'alaihissalam keluar dari perut ikan seperti anak burung yang keluar dari sebutir telur, betul-betul dalam keadaan sangat lemah. Allah Subhanahu wa Ta'ala mengasihani beliau dengan menumbuhkan untuknya sebuah pohon dari jenis labu, dan menaunginya hingga menjadi kuat.
Setelah itu Allah Subhanahu wa Ta'ala memberi perintah kepadanya untuk kembali ke tengah-tengah kaumnya, supaya mengajari dan mendakwahi mereka. Dan sekarang penduduk negeri yang berjumlah lebih 100.000 orang itu menyambut seruan beliau. Mereka beriman kepadanya dan mendapat kesenangan sampai waktu yang telah ditentukan.

Pelajaran
1. Dalam kisah ini, Allah menegur Nabi Yunus 'alaihissalam dengan cara yang halus. Dengan menahannya di dalam perut seekor ikan, sebagai kaffarah (tebusan atas kesalahan beliau) sekaligus tanda kekuasaan Allah yang sangat besar dan karamah (mukjizat) bagi Nabi Yunus 'alaihissalam.
2. Termasuk nikmat pula dari Allah kepada beliau adalah diterimanya dakwah beliau oleh penduduk negerinya yang berjumlah lebih dari 100.000 orang. Dan besarnya jumlah pengikut, termasuk sebagian keutamaan mereka.
3. Bolehnya melakukan undian ketika menghadapi persoalan yang musykil, mengenai siapa yang berhak atau tidak terhadap suatu perkara, apabila tidak ada yang menguatkan salah satunya. Apa yang dilakukan penumpang kapal tersebut menunjukkan kaidah yang sudah dikenal, yaitu mengambil kemudharatan yang lebih ringan untuk menolak kerusakan yang lebih besar. Tentunya sudah jelas, melempar salah seorang penumpang ke laut sangat berbahaya, namun malapetaka yang akan menimpa seluruh penumpang jauh lebih besar bahayanya.
4. Seorang hamba apabila dia memiliki hubungan yang baik dengan Rabb-nya, di mana dia selalu beramal shalih ketika dia dalam keadaan senang, Allah  tentu mensyukuri amalnya dan mengingatnya pula ketika dia dalam keadaan kesulitan, yakni dengan melepaskannya dari kesulitan itu atau meringankan keadaannya. Oleh karena itulah Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman dalam kisah Nabi Yunus 'alaihissalam ini:

فَلَوْلاَ أَنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُسَبِّحِيْنَ. لَلَبِثَ فِي بَطْنِهِ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ

“Maka kalau sekiranya dia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah. Niscaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit.” (Ash-Shaffat: 143-144)
Sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam:

دَعْوَةُ أَخِيْ ذِي النُّون مَا دَعَا بِهَا مَكْرُوبٌ إِلاَّ فَرَّجَ اللهُ عَنْهُ: لآ إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ.

“Doa saudaraku Dzin Nun (Nabi Yunus). Tidaklah seorang yang dalam kesulitan, lalu berdoa dengan doa ini melainkan Allah akan lepaskan dia dari kesulitan itu, yaitu: ‘Tidak ada ilah melainkan Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang dzalim’.” (HR. At-Tirmidzi dan An-Nasai dari Sa’d bin Abi Waqqash radhiallahu 'anhu
5. Iman itu menyelamatkan pemiliknya dari ketakutan dan kesulitan sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta'ala firmankan:

وَكَذَلِكَ نُنْجِي الْمُؤْمِنِيْنَ

“Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman.” (Al-Anbiya: 88)
“Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman.” (Al-Anbiya: 88)

(Diterjemahkan dari Taisir Al-Lathifil Mannan, karya Asy-Syaikh Abdurrahman As-Sa’di rahimahullah)

Kisah Nabi Adam A.S.

Setelah Allah s.w.t.menciptakan bumi dengan gunung-gunungnya,laut-lautannya dan tumbuh-tumbuhannya,menciptakan langit dengan mataharinya,bulan dan bintang-bintangnya yang bergemerlapan menciptakan malaikat-malaikatnya ialah sejenis makhluk halus yangdiciptakan untuk beribadah menjadi perantara antara Zat Yang Maha Kuasa dengan hamba-hamba terutama para rasul dan nabinya maka tibalah kehendak Allah s.w.t. untuk menciptakan sejenis makhluk lain yang akan menghuni dan mengisi bumi memeliharanya menikmati tumbuh-tumbuhannya,mengelola kekayaan yang terpendam di dalamnya dan berkembang biak turun-temurun waris-mewarisi sepanjang masa yang telah ditakdirkan baginya.

Kekhuatiran Para Malaikat.

Para malaikat ketika diberitahukan oleh Allah s.w.t. akan kehendak-Nya menciptakan makhluk lain itu,mereka khuatir kalau-kalau kehendak Allah menciptakan makhluk yang lain itu,disebabkan kecuaian atau kelalaian mereka dalam ibadah dan menjalankan tugas atau karena pelanggaran yang mereka lakukan tanpa disadari.Berkata mereka kepada Allah s.w.t.:"Wahai Tuhan kami!Buat apa Tuhan menciptakan makhluk lain selain kami,padahal kami selalu bertasbih,bertahmid,melakukan ibadah dan mengagungkan nama-Mu tanpa henti-hentinya,sedang makhluk yang Tuhan akan ciptakan dan turunkan ke bumi itu,nescaya akan bertengkar satu dengan lain,akan saling bunuh-membunuh berebutan menguasai kekayaan alam yang terlihat diatasnya dan terpendam di dalamnya,sehingga akan terjadilah kerusakan dan kehancuran di atas bumi yang Tuhan ciptakan itu."

Allah berfirman,menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu:
"Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui hikmat penguasaan Bani Adam atas bumi-Ku.Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepada nya,bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah,karena Allah s.w.t. melarang hamba-Nya beribadah kepada sesama makhluk-Nya."
Kemudian diciptakanlah Adam oleh Allah s.w.t.dari segumpal tanah liat,kering dan lumpur hitam yang berbentuk.Setelah disempurnakan bentuknya ditiupkanlah roh ciptaan Tuhan ke dalamnya dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna

. 

Iblis Membangkang.

Iblis membangkang dan enggan mematuhi perintah Allah seperti para malaikat yang lain,yang segera bersujud di hadapan Adam sebagai penghormatan bagi makhluk Allah yang akan diberi amanat menguasai bumi dengan segala apa yang hidup dan tumbuh di atasnya serta yang terpendam di dalamnya.Iblis merasa dirinya lebih mulia,lebih utama dan lebih agung dari Adam,karena ia diciptakan dari unsur api,sedang Adam dari tanah dan lumpur.Kebanggaannya dengan asal usulnya menjadikan ia sombong dan merasa rendah untuk bersujud menghormati Adam seperti para malaikat yang lain,walaupun diperintah oleh Allah.

Tuhan bertanya kepada Iblis:"Apakah yang mencegahmu sujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tangan-Ku?"
Iblis menjawab:"Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia.Engkau ciptakan aku dari api dan menciptakannya dari lumpur."
Karena kesombongan,kecongkakan dan pembangkangannya melakukan sujud yang diperintahkan,maka Allah menghukum Iblis dengan mengusir dari syurga dan mengeluarkannya dari barisan malaikat dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat pd.dirinya hingga hari kiamat.Di samping itu ia dinyatakan sebagai penghuni neraka.

Iblis dengan sombongnya menerima dengan baik hukuman Tuhan itu dan ia hanya mohon agar kepadanya diberi kesempatan untuk hidup kekal hingga hari kebangkitan kembali di hari kiamat.Allah meluluskan permohonannya dan ditangguhkanlah ia sampai hari kebangkitan,tidak berterima kasih dan bersyukur atas pemberian jaminan itu,bahkan sebaliknya ia mengancam akan menyesatkan Adam,sebagai sebab terusirnya dia dari syurga dan dikeluarkannya dari barisan malaikat,dan akan mendatangi anak-anak keturunannya dari segala sudut untuk memujuk mereka meninggalkan jalan yang lurus dan bersamanya menempuh jalan yang sesat,mengajak mereka melakukan maksiat dan hal-hal yang terlarang,menggoda mereka supaya melalaikan perintah-perintah agama dan mempengaruhi mereka agar tidak bersyukur dan beramal soleh.

Kemudian Allah berfirman kepada Iblis yang terkutuk itu:
"Pergilah engkau bersama pengikut-pengikutmu yang semuanya akan menjadi isi neraka Jahanam dan bahan bakar neraka.Engkau tidak akan berdaya menyesatkan hamba-hamba-Ku yang telah beriman kepada Ku dengan sepenuh hatinya dan memiliki aqidah yang mantap yang tidak akan tergoyah oleh rayuanmu walaupun engkau menggunakan segala kepandaianmu menghasut dan memfitnah." 


Pengetahuan Adam Tentang Nama-Nama Benda.

Allah hendak menghilangkan anggapan rendah para malaikat terhadap Adam dan menyakinkan mereka akan kebenaran hikmat-Nya menunjuk Adam sebagai penguasa bumi,maka diajarkanlah kepada Adam nama-nama benda yang berada di alam semesta,kemudian diperagakanlah benda-benda itu di depan para malaikat seraya:"Cubalah sebutkan bagi-Ku nama benda-benda itu,jika kamu benar merasa lebih mengetahui dan lebih mengerti dari Adam."
Para malaikat tidak berdaya memenuhi tentangan Allah untuk menyebut nama-nama benda yang berada di depan mereka.Mereka mengakui ketidak-sanggupan mereka dengan berkata:
"Maha Agung Engkau! Sesungguhnya kami tidak memiliki pengetahuan tentang sesuatu kecuali apa yang Tuhan ajakan kepada kami.Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana."

Adam lalu diperintahkan oleh Allah untuk memberitahukan nama-nama itu kepada para malaikat dan setelah diberitahukan oleh Adam,berfirmanlah Allah kepada mereka:"Bukankah Aku telah katakan padamu bahawa Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan." 

Adam Menghuni Syurga.

Adam diberi tempat oleh Allah di syurga dan baginya diciptakanlah Hawa untuk mendampinginya dan menjadi teman hidupnya,menghilangkan rasa kesepiannya dan melengkapi keperluan fitrahnya untuk mengembangkan keturunan. Menurut cerita para ulamat Hawa diciptakan oleh Allah dari salah satu tulang rusuk Adam yang disebelah kiri diwaktu ia masih tidur sehingga ketika ia terjaga,ia melihat Hawa sudah berada di sampingnya.ia ditanya oleh malaikat:"Wahai Adam! Apa dan siapakah makhluk yang berada di sampingmu itu?"

Berkatalah Adam:"Seorang perempuan."Sesuai dengan fitrah yang telah diilhamkan oleh Allah kepadanya."Siapa namanya?"tanya malaikat lagi."Hawa",jawab Adam."Untuk apa Tuhan menciptakan makhluk ini?",tanya malaikat lagi.
Adam menjawab:"Untuk mendampingiku,memberi kebahagian bagiku dan mengisi keperluan hidupku sesuai dengan kehendak Allah."

Allah berpesan kepada Adam:"Tinggallah engkau bersama isterimu di syurga,rasakanlah kenikmatan yang berlimpah-limpah didalamnya,rasailah dan makanlah buah-buahan yang lazat yang terdapat di dalamnya sepuas hatimu dan sekehendak nasfumu.Kamu tidak akan mengalami atau merasa lapar,dahaga ataupun letih selama kamu berada di dalamnya.Akan tetapi Aku ingatkan janganlah makan buah dari pohon ini yang akan menyebabkan kamu celaka dan termasuk orang-orang yang zalim.Ketahuilah bahawa Iblis itu adalah musuhmu dan musuh isterimu,ia akan berusaha membujuk kamu dan menyeret kamu keluar dari syurga sehingga hilanglah kebahagiaan yang kamu sedang nikmat ini." 

Iblis Mulai Beraksi.

Sesuai dengan ancaman yang diucapkan ketika diusir oleh allah dari Syurga akibat pembangkangannya dan terdorong pula oleh rasa iri hati dan dengki terhadap Adam yang menjadi sebab sampai ia terkutuk dan terlaknat selama-lamanya tersingkir dari singgahsana kebesarannya.Iblis mulai menunjukkan rancangan penyesatannya kepada Adam dan Hawa yang sedang hidup berdua di syurga yang tenteram, damai dan bahagia.

Ia menyatakan kepada mereka bahawa ia adalah kawan mereka dan ingin memberi nasihat dan petunjuk untuk kebaikan dan mengekalkan kebahagiaan mereka.Segala cara dan kata-kata halus digunakan oleh Iblis untuk mendapatkan kepercayaan Adam dan Hawa bahawa ia betul-betul jujur dalam nasihat dan petunjuknya kepada mereka.Ia membisikan kepada mereka bahwa.larangan Tuhan kepada mereka memakan buah-buah yang ditunjuk itu adalah karena dengan memakan buah itu mereka akan menjelma menjadi malaikat dan akan hidup kekal.Diulang-ulangilah bujukannya dengan menunjukkan akan harumnya bau pohon yang dilarang indah bentuk buahnya dan lazat rasanya.Sehingga pada akhirnya termakanlah bujukan yang halus itu oleh Adam dan Hawa dan dilanggarlah larangan Tuhan.

Allah mencela perbuatan mereka itu dan berfirman yang bermaksud: "Tidakkah Aku mencegah kamu mendekati pohon itu dan memakan dari buahnya dan tidakkah Aku telah ingatkan kamu bahawa syaitan itu adalah musuhmu yang nyata."
Adam dan Hawa mendengar firman Allah itu sedarlah ia bahawa mereka telah terlanggar perintah Allah dan bahawa mereka telah melakukan suatu kesalahan dan dosa besar.Seraya menyesal berkatalah mereka:"Wahai Tuhan kami! Kami telah menganiaya diri kami sendiri dan telah melanggar perintah-Mu karena terkena bujukan Iblis.Ampunilah dosa kami karena nescaya kami akan tergolong orang-orang yang rugi bila Engkau tidak mengampuni dan mengasihi kami." 

Adam dan Hawa Diturunkan Ke Bumi.

Allah telah menerima taubat Adam dan Hawa serta mengampuni perbuatan pelanggaran yang mereka telah lakukan hal mana telah melegakan dada mereka dan menghilangkan rasa sedih akibat kelalaian peringatan Tuhan tentang Iblis sehingga terjerumus menjadi mangsa bujukan dan rayuannya yang manis namun berancun itu.

Adam dan Hawa merasa tenteram kembali setelah menerima pengampunan Allah dan selanjutnya akan menjaga jangan sampai tertipu lagi oleh Iblis dan akan berusaha agar pelanggaran yang telah dilakukan dan menimbulkan murka dan teguran Tuhan itu menjadi pengajaran bagi mereka berdua untuk lebih berhati-hati menghadapi tipu daya dan bujukan Iblis yang terlaknat itu.Harapan untuk tinggal terus di syurga yang telah pudar karena perbuatan pelanggaran perintah Allah,hidup kembali dalam hati dan fikiran Adam dan Hawa yang merasa kenikmatan dan kebahagiaan hidup mereka di syurga tidak akan terganggu oleh sesuatu dan bahawa redha Allah serta rahmatnya akan tetap melimpah di atas mereka untuk selama-lamanya.Akan tetapi Allah telah menentukan dalam takdir-Nya apa yang tidak terlintas dalam hati dan tidak terfikirkan oleh mereka. Allah s.w.t.yang telah menentukan dalam takdir-nya bahawa bumi yang penuh dengan kekayaan untuk dikelolanya,akan dikuasai kepada manusia keturunan Adam memerintahkan Adam dan Hawa turun ke bumi sebagai benih pertama dari hamba-hambanya yang bernama manusia itu.Berfirmanlah Allah kepada mereka:"Turunlah kamu ke bumi sebagian daripada kamu menjadi musuh bagi sebagian yang lain kamu dapat tinggal tetap dan hidup disan sampai waktu yang telah ditentukan."

Turunlah Adam dan Hawa ke bumi menghadapi cara hidup baru yang jauh berlainan dengan hidup di syurga yang pernah dialami dan yang tidak akan berulang kembali.Mereka harus menempuh hidup di dunia yang fana ini dengan suka dan dukanya dan akan menurunkan umat manusia yang beraneka ragam sifat dan tabiatnya berbeda-beda warna kulit dan kecerdasan otaknya.Umat manusia yang akan berkelompok-kelompok menjadi suku-suku dan bangsa-bangsa di mana yang satu menjadi musuh yang lain saling bunuh-membunuh aniaya-menganianya dan tindas-menindas sehingga dari waktu ke waktu Allah mengutus nabi-nabi-Nya dan rasul-rasul-Nya memimpin hamba-hamba-Nya ke jalan yang lurus penuh damai kasih sayang di antara sesama manusia jalan yang menuju kepada redha-Nya dan kebahagiaan manusia di dunia dan akhirat. 

Kisah Adam dalam Al-Quran.

Al_Quran menceritakan kisah Adam dalam beberapa surah di antaranya surah Al_Baqarah ayat 30 sehingga ayat 38 dan surah Al_A'raaf ayat 11 sehingga 25 


Pengajaran Yang Terdapat Dari Kisah Adam.

Bahawasanya hikmah yang terkandung dalam perintah-perintah dan larangan-larangan Allah dan dalam apa yang diciptakannya kadangkala tidak atau belum dapat dicapai oelh otak manusia bahkan oleh makhluk-Nya yang terdekat sebagaimana telah dialami oleh para malaikat tatkala diberitahu bahawa Allah akan menciptakan manusia - keturunan Adam untuk menjadi khalifah-Nya di bumi sehingga mereka seakan-akan berkeberatan dan bertanya-tanya mengapa dan untuk apa Allah menciptakan jenis makhluk lain daripada mereka yang sudah patuh rajin beribadat, bertasbih, bertahmid dan mengagungkan nama-Nya.

Bahawasanya manusia walaupun ia telah dikurniakan kecergasan berfikir dan kekuatan fizikal dan mental ia tetap mempunyai beberapa kelemahan pada dirinya seperti sifat lalai, lupa dan khilaf.Hal mana telah terjadi pada diri Nabi Adam yang walaupun ia telah menjadi manusia yang sempurna dan dikurniakan kedudukan yang istimewa di syurga ia tetap tidak terhindar dari sifat-sifat manusia yang lemah itu.Ia telah lupa dan melalaikan peringatan Allah kepadanya tentang pohon terlarang dan tentang Iblis yang menjadi musuhnya dan musuh seluruh keturunannya, sehingga terperangkap ke dalam tipu daya dan terjadilah pelanggaran pertama yang dilakukan oleh manusia terhadap larangan Allah.

Bahawasanya seseorang yang telah terlanjur melakukan maksiat dan berbuat dosa tidaklah ia sepatutnya berputus asa dari rahmat dan ampunan Tuhan asalkan ia sedar akan kesalahannya dan bertaubat tidak akan melakukannya kembali.Rahmat allah dan maghfirah-Nya dpt mencakup segala dosa yang diperbuat oleh hamba-Nya kecuali syirik bagaimana pun besar dosa itu asalkan diikuti dengan kesedaran bertaubat dan pengakuan kesalahan.
Sifat sombong dan congkak selalu membawa akibat kerugian dan kebinasaan.Lihatlah Iblis yang turun dari singgahsananya dilucutkan kedudukannya sebagai seorang malaikat dan diusir oleh Allah dari syurga dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat kepada dirinya hingga hari Kiamat karena kesombongannya dan kebanggaaannya dengan asal-usulnya sehingga ia menganggap dan memandang rendah kepada Nabi Adam dan menolak untuk sujud menghormatinya walaupun diperintahkan oleh Allah s.w.t.